Sunday, June 1, 2014

Kerja Lebih Masa Tanpa Henti...

Assalamualaikum..

Lama tak meng-update entry baru.. Malam ni, barulah aku berpeluang nak taip something yang terkeluar secara spontan dari otak aku..

Bercerita pasal kerja ni. Ramai belia yang hampir seusia dgn aku dah mula bekerja.. Tak kiralah kerja swasta ke atau pun dgn gomen mcm aku ni.. Tapi yang pasti, semua pernah merasai bekerja lebih masa mcm aku sekarang..

Siapa antara kita yang suka gila bila dapat buat overtime? Sila angkat tangan tuh? Hehe..

Mesti ada yang suka, tapi tak kurang jugak ada yang tak gemar kena kerja lebih masa kan? Contoh mcm aku nii.. Hihihi..

Well, overtime ni seronoknya sebab kita dapat jana pendapatan lebih. Kalau tanya pada aku, aku akan jawab; Ya! Memang boleh dapat duit lebih, tapi mcm mana dgn masa rehat kita? Masa kita dgn family? Dgn kawan-kawan?

Honestly pada pendapat aku, aku kurang berminat nak buat overtime nih.. Kenapa? Pasal aku tak dapat nak luangkan masa aku dgn parent aku. Dgn family aku. Dgn kawan-kawan aku. Kadang-kala aku rasa stress mental bahkan jugak fizikal. Bangun di awal pagi, balik kerja lewat malam. Korang fikirlah, badan start letih mesti nak rehat kan? Rumah pun tak terkemas. Letih sangat.

Tapi perkara ni sebenarnya bergantung pada diri masing-masing. Mcm aku mmg dah tak boleh elak lagi. Tak rela pun terpaksa bekerja jugak. Sbb lab aku beroperasi 24jam. Kalau korang sakit, mcm mana nak jalankan ujian kalau aku tutup lab kan? Lepas tu, doktor start hangin dgn org lab. Haha..

Apa-apa pun, kalau korang kena kerja overtime, sama ada korang suka or tak korang kerjalah dgn rela hati. Dan paling penting sekali niat mesti ikhlas bkn kerana duit, tapi kerana Allah s.w.t.. Mcm aku ni.. Walaupun kekadang tu stress, tapi aku akan call mak aku minta dia bebelkan sikit. Haa, start je dia tarbiyah aku. Aku mulalah insaf dan muhasabah balik.. Kekeke..

Tapi kepada korang yg terlalu extreme sgt buat overtime, jgn lupa pada family. Jgn lupakan mak ayah. Luangkanlah sikit masa utk mereka. Especially mak ayah kita. Bkn susah pun. Family first, baru rasa bahagia.. Bukan money first.. Okay? :) -Done-

No comments:

Post a Comment